Monday 26 December 2011

Prologue : Si Penjual Bunga

Cuaca malam yang suram itu agak dingin. Ditambah pula dengan hujan yang renyai dan dingin. Kebanyakan penghuni block Baiduri telah nyeyak dibuai mimpi atas katil masing-masing.  Namun begitu ada yang  masih tidak dapat melelapkan mata walaupun hati ingin melakukan perkara demikian. Terlihat susuk tubuh yang agak sasa  beradu di atas katilnya. Terdapat computer riba di sisinya ketika itu. Lantas diambil computer riba tersebut dan menbaca kandungan email khas untuknya. Sesekali matanya pantas menbaca isi kandungan email itu berulang kali. Tetapi jawapannya masih sama. Hatinya agak hampa dengan isi kandungan email tersebut.
“Adoyai, nie dah kes berat nie. Aku taw lah sem lepas aku tak perform sangat tapi tak kan lah sampai camnie kowt ?! “
Empunya badan tersebut segera bangkit dari katil miliknya dan keluar dari bilik tidur utama. Dia melewati ruang tamu dengan hanya berseluar trak hitam tanpa berbaju. Lalu dia bergerak perlahan ke arah balkoni di apartmen miliknya. Otaknya ligat memikirkan cara penyelesaian bagi masalah dihadapinya itu. Lantas dia akur dengan keputusan yang bakal dia buat. Tangannya mula meraba kocek seluar track hitam itu dan telefon bimbit Apple Iphone 4S dikeluarkan. Jarinya seolah meluncur mencari nombor milik kawannya. Pada mulanya dia agak ragu-ragu untuk menekan butang “Call” tapi dek amaran keras ayahnya dia pasrah.
“Hello, Bullah. Nie aku Adam. Wei kau bila nak move in kat apartment aku ni ?? Hari tu kau cakap 2,3 hari jer tapi nie dah dekat 2 minggu. “
Pertanyaan Adam dibalas hilai ketawa Bullah. Adam mula berasa agak panas. Terasa dirinya dilayan seperti kanak-kanak kecil sahaja. Namun dia kena bersabar buat masa sekarang. Hanya Bullah sahaja yang dapat bantu dia ketika ini.
“Chill lah bro. Aku kena settle hal aku nie lagi. Aku dah siap packing barang dah. Cuma nak habiskan baki hari-hari aku kat rumah sewa aku ni. Jangan risau k bro. Beside kita kan dah final year so I understand that you don’t want to repeat any paper, am I right ? This time we perform our best k. Dah lah bro. Aku nak kena kemas dapur and café ni lagi. Esok jangan lupa pergi kelas.”
Adam cukup kagum dengan sikap rakannya tersebut. Tanpa disedari Adam mula berangan bahawa Bullah saudara kandumgnya sendiri. Sikap persaingan antara Bullah dan Adam mula terpupuk sejak dari awal semester pertama lagi. Dan sebab itulah Adam berkeras agar Bullah tinggal bersama dirinya . Bukan apa cuma kalau mereka tinggal bersama maka beban projek dan final thesis dapat dikurangkan. Idea juga dapat dikongsi bersama.
Adam 
Adam tersenyum puas. Walaupun ada masanya Adam agak keras kepala dan sombong tapi dalam hatinya cukup baik dan sensitive .

                Sebaik sahaja habis berbual dengan Adam segera Bullah menghabiskan saki baki kerjanya di June’s Bakery & Café.  Namun hatinya puas selepas bahagian kerjanya siap. Lantas dia mengambil tempat di meja bulat yang berwarna hitam. Bullah hanya memandang sepi sekeliling tempat dia mencari nafkah tersebut. Terasa suasana yang menyenangkan walaupun cuaca diluar agak sejuk dengan hujan. Tiba-tiba hidung Bullah terbau aroma kopi panas yang wangi. Dia tercari-cari di mana rakan-rakan sekerjanya yang lain.  Kepalanya terasa berat setelah seharian bekerja.
“Wei kalau nak tidur pun, pergi jerlah balik rumah kau. Ke nak aku kurung kau kat dalam kedai ni? Kalau kau tidur kat dalam kedai ni pon tak dapat over-time taw” sindir halus satu suara.
Mata Bullah dibuka kecil. Dia sudah tahu empunya suara itu. Antara mereka berlima hanya dia seorang yang cukup riuh.
“Kau ni Danny. Boleh tak diam sekejap. Aku baru nak lelap dah terjaga. Baru nak mimpi Nora Danish tapi lepas ni mesti mimpi pasal kau membebel jer.” Bullah menbalas. Kedengaran gelak ketawa dari sudut lain pula. Danny hanya tersenyum kelat sambil melihat orang yang gelak akan dirinya itu.
“Bob, kau main gelak jer. Kau dah siap ke kira stock ? Kalau salah order mengamuk Shark . Aku tak tanggungjawab “ Danny berkata sambil dirinya mengambil tempat di sisi kanan Bullah. Bob tidak menbalas serta merta. Dirinya sibuk menbawa dulang hitam. Kelihatan lima potongan kek dibawa ke meja bulat hitam itu. Berlainan perisa dan aneka sesuai dengan kehendak tekak lima orang individu berbeza.
“Aku dah siap kira dah. Siap buat check-list lagi ni. So esok just call pemborong jer lah. Tapi kena beritahu Shark dulu. Buat masuk dalam buku register. So end of the month nanti senang bayar bil pemborong “ jawab Bob. Danny dan Bullah hanya angguk kepala mendengar penjelasan Bob. Rupa Bob yang agak remaja tidak menunjukkan kematangan dimilikinya. Mereka bertiga duduk bersama di meja bulat hitam itu. Masing-masing tengelam dalam dunia khayalan sendiri.
Danny 

Bob

Klings,Klings~~
Mata ketiga-tiga pemuda teralih kepada susuk tubuh yang baru memasuki premis tersebut. Mereka tidak terkejut malah seperti menanti kedatangan lelaki tersebut. Payung miliknya diletak ketepi sambil dirinya melangkah ke arah meja bulat tersebut.
“Semua dah kemas ? Dapur macam mana ? Stok bahan mentah dah check ? Esok siapa yang kena buka kedai ? “ Tanya pemuda berkaca mata tersebut dengan tegasnya. Bob bangun dan menberikan nota ditulisnya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menbaca sekali imbas.
“Aku dah check tadi. Semua dah beres bos ” Danny menbalas. Shark memandang sekeliling. Cuba mencari sekiranya ada yang terlepas pandang.
 “Bob,ingat call pemborong esok awal-awal pagi. Aku tak nak sampai lewat sangat bahan-bahan. Aku dah check tadi barang yang ada dalam stor so early morning just buat routine cake and muffins.” Shark berkata sambil menberi nota itu kembali kepada Bob. Bob mengambil nota tersebut dari Shark dan memasukkan ke dalam kocek kemeja putih miliknya. Bahkan mereka semua memakai pakaian yang sama kecuali Shark. Dengan berpakaian kemeja putih lengan panjang dengan vest hitam. Malah bahagian sebelah bawah badan juga diselaraskan dengan permakaian seluar slack dan kasut hitam . Apron hitam yang tertulis “June’s Bakery & Café” kelihatan kemas di sisi mereka bertiga.
Shark yang berpakaian chef serba putih bangkit pergi kearah kaunter. June’s Bakery & Café tidak asing lagi bagi peminat kek dan muffins. Malah café tersebut juga menyediakan juadah kuih-muih dan sarapan tempatan. Ini caranya Shark menarik minat penduduk yang rata-rata dari kawasan perumahan dan wisma swasta. Dari snack ringan seperti sandwich hingga nasi lemak semua ada di café tersebut.  Shark kembali menuju ke meja bulat hitam tersebut sambil bawa kamera"Decade Pink" Blackbird, fly 135 Twin Lens Reflex Camera miliknya.
“Mana Izz ? Kat dapur lagi ke ?” Tanya Shark. Bullah tersenyum sambil angguk kepalanya menbalas pertanyaan Shark. Seketika kemudian muncul Izz bersama dulang  menbawa kopi panas. Aroma kopi panas menyusuk rongga hidung mereka semua. Izz yang memakai bandana  dan berkaca mata ungu bulat hanya tersenyum sinis melihat rupa rakan sekerja dia.
“Shark, kau nak ambil gambar ke ? Kejap-kejap aku kemas rambut aku dulu “ Danny bersuara sambil tangganya menbelai rambut hitam mayang yang panjang itu. Bob yang rambut natural cokelat hanya mampu menahan gelak. Patutlah Danny sering digelar Korea celup oleh Shark. Izz mengelengkan kepala sambil menghirup teh panas. Bullah mencuba kek kopi kegemarannya dengan penuh teliti.
“Dah kau orang semua duduk kat position masing-masing. Danny, Bullah, Bob dan Izz. Cantik” kata Shark sambil tangannya mengusik timer kamera miliknya. Lensa kamera tersebut diselaraskan untuk menfokuskan jejaka-jejaka tersebut. Setelah selesai dirinya segera duduk di sis Izz.
Klik.Klik
Shark
Izz

Decade Pink" Blackbird, fly 135 Twin Lens Reflex Camera


 “Aku rasa aku nak tolong rambut kau lah Bullah. Kasi lawa sikit. Ni tak asyik kembang jer. Nak kata afro tak juga “ Danny bersuara. Bob ketawa berdekah-dekah. Izz hanya senyum seribu makna. Danny mula menarik muka masam mencuka. Shark menghirup kopi panas buatan Izz. Terbaik seperti biasa puji Shark dalam hatinya. Setelah selesai mengemas dan mengunci pintu cafe , Bullah menghampiri Shark.
“Aku pulangkan balik apron “June’s Bakery & Café” dekat kau. Bukan ke pemilik kedai dan pekerja sahaja boleh pakai apron ni. “ Bullah berkata sayu.
“Kau simpan dulu, Bullah. Weekend kau boleh datang kerja dekat sini. Beside you still have unfinished business here” cakap Shark sambil berlalu pergi meninggalkan Bullah seorang diri.
Bullah melihat Shark berjalan meredah malam yang sejuk itu . Ingin sahaja dia mengucapkan terima kasih kepada Shark. Jejaka itu telah banyak menberi pertolongan kepada Bullah. Malah bukan sekadar sudi mengambil dia bekerja tapi sudi menumpangkan Bullah bilik kosong apartmennya tanpa perlu menbayar satu sen pun . “Shark, tunggu aku lah wei !!” jerit Bullah.
Jeritan Bullah seolah-olah boleh didengari dia. Menyedarkan diri  dia dari lamunan memori silam.
“Syima, ok ke ni? “ Tanya satu suara kepada dirinya. Dirinya tersenyum mendengar suara itu bertanya mengenai dirinya. Walaupun dirinya tidak melihat raut wajah tuan punya suara, dirinya cukup menpercayainya.
“Syima ok lah kak Sarah. Baru teringat kat Abang Lan tadi. Kan best kalau Kak Sarah nikah dengan Abang Lan cepat-cepat . Tak lah Umi risau kat anak angkat dia sorang ni “ usik Syima kepada Sarah. Merah merona muka Sarah apabila Syima berkata demikian . Namun dia bertenang sahaja . Dia sudah faham karenah si Syima ni. Dari kecil lagi suka sangat mengusik semua orang . Berbeza sangat dengan perangai arwah kakak kembarnya.
“Kenapa kak Sarah diam pula ? Ni mesti teringat kat Abang Lan kan ? Untunglah orang dah bertunang. Syima ni siapa lah nak kan ? Muka dah cute, pandai masak tapi masalahnya dah buta. Kalau Syima tak kemalangan dulu mesti ramai lelaki nak dekat Syima kan kak ?” cakap Syima sayu. Suasana di ruang tamu agak tegang seketika . Sarah kaku untuk berkata apa-apa .Takut dirinya akan melukakan hati Syima . Kalau boleh dirinya mahu lihat adik angkatnya sembuh dan kembali tersenyum seperti biasa namun apa dayanya.
“Kak, esok Syima duduk dekat rumah je lah. Susahkan akak jer kalau Syima duduk dekat kedai bunga akak tue. Syima bukan boleh tolong pun. Kalau duduk kat rumah ni boleh Syima tolong jaga-jagakan. Kalau ada customer mesti akak kelam kabut pasal Syima jer”  Syima cuba menghilangkan ketegangan dalam ruang tamu tersebut. Sarah bangkit dari kerusi panjangnya. Cuba memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Tinggalkan Syima seorang di rumah ? Gila! Tapi kalau Syima berada di kedai bunga miliknya bagaimana pula kalau ada pelanggan ? Melayan karenah pelanggan dan menjaga Syima pada masa yang sama ? Dia berfikir dan terus berfikir.
“ Syima, akak lebih suka kalau Syima ada depan mata akak. Senang sikit hati akak ni. Jangan risau kalau ada customer pun akak utamakan syima dulu. Syima kan bunga paling lawa dalam kedai akak so kena jaga elok-elok. Lagipun akak dah cari budak untuk tolong jaga kedai akak “ Sarah menyakin Syima sambil memegang erat tangannya. Syima tersenyum tawar seribu makna.
Malam itu terasa air mata ingin keluar namun di tahan sahaja.Selepas berbincang dengan Sarah tadi, dirinya minta izin untuk tidur. Bagi dirinya malam dan siang sudah tiada bezanya. Dirinya tidak dapat melihat seperti dulu. Terasa lemah dirinya ketika ini. Ingin sahaja dia menjerit dan meracau seperti dulu ketika mula-mula sedar. Namun dia tahu bahawa dia kena kuat seperti dulu. Dia kena bersabar dengan dugaan Yang Maha Esa. Dia masih ingat janji dia di pusara arwah kakaknya, Nurul Izzati.
“Kak Zati, Syima minta maaf kak. Kalau Syima tak nakal mesti akak masih hidup kan. Salah Syima sebab kan kematian akak sendiri. Maafkan Syima kak.” Syima seolah-olah bercakap dengan arwah Izzati.
“Izzati seorang yang tabah. Walaupun rupa dia garang gila tapi dia seorang yang baik. Saya percaya kalau dia masih hidup dia nak awak teruskan senyum seperti dulu” ucap satu suara lelaki di belakang dirinya.
“Awak ni siapa ? Ummi !! Ayah !! “ Syima panic seketika. Dirinya bersama lelaki tidak dikenali. Lagi pelik dirinya tidak perasaan kehadiran lelaki tersebut. Apakah daya dirinya baru sahaja bergelar si buta.
“Jangan risau. Saya bukan orang jahat. Cuma kalau boleh saya nak sampaikan pesanan arwah kepada awak . Arwah nak awak terus senyum seperti dulu. Dia kata dia minta maaf banyak-banyak. Dia cakap dia cukup sayang adik dia, Cik Hasyimah “ kata suara asing tersebut. Syima juga dengar langkah tapak kaki seperti semakin jauh darinya.
“Nanti !! Siapa awak ?! Apa hubungan awak dengan kak Zati ?” Syima sedikit menjerit. Bahang panas di tanah perkuburan Islam sedikit sebanyak menbuat dirinya berpeluh dan peluhnya dikesat menggunakan baju kurung Johor hitam miliknya.
Syima dapat merasakan senyuman dari lelaki tersebut. Walaupun dirinya buta namun hatinya seolah-olah dapat mengesan pergerakan lelaki tersebut. “ Cukuplah saya cakap kalau dulu saya pernah menaruh harapan pada Nurul Izzati. Namun malang sekali jodoh kami tak lama. Dan satu lagi saya pesan, setiap kesusahan ada kemudahan dan setiap kesusahan ada kemudahan. Jangan menyerah kalah Hasyimah. Sebab arwah Izzati bukan seorang yang mudah mengalah”. Terasa sayu di hujung ucapan lelaki tersebut. Belum sempat Syima bertanya lebih lagi,lelaki misteri itu terus hilang.
Masih banyak menghantui benak fikiran Syima sejak kejadian hari itu. Syima masih tidak mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut. Apabila ditanya Ummi, katanya hanya kemalangan kereta biasa. Namun dirinya was-was dengan kenyataan tersebut . Dan apabila ditanya siapa lelaki misteri yang berada bersama dirinya di kubur arwah akaknya , Ummi hanya mendiamkan diri. Malah seketika tadi dirinya terdengar perbualan kak Sarah bercakap dengan seseorang. Isi perbualan cukup menarik minat Syima.
“Kau tak puas lagi ke setan ? Kau dah bunuh Zati, buat Syima jadi buta !! Lepas ni apa pula ? Kau nak bolot harta Zati ? Kau jangan ingat kau dah nikah dengan arwah dulu kau berhak atas harta dia. Kalau kau nak tipu Ummi aku boleh lah tapi ni aku SARAH lah!! Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara !!  Syima tertanya-tanya apa maksud kak Sarah tadi.
Nurul Izzati
“Argh !! Baik aku tidur dulu. Esok lusa pasti aku tahu punya . ALLAH S.W.T selalu berada di sisi hambaNYA” ucap Syima dalam hati.  Rambut panjang hitam mengurai melepasi bahu miliknya dibelai seketika. Cukup mempersonakan bagi kaum Adam yang memandang. Seolah-olah melihat bidadari syurga muncul seketika. Syima tersenyum seketika. Teringat akan arwah kakaknya,Nurul Izzati.


Alhamdulillah..siap suda prolog cter nie !! dah lame aku nk wat tp baru smpai waktunya !! hehehe...utk mudah kan korg so tat korg xyah bayangkan muka character2 nie aku dah siap wat contoh2 lagi...hahaha..bab 1 ?? herm..kena perah otak lagi lah nie ~~